Claude Opus 4.6 Dilancarkan – Pengaturcaraan Lebih Baik dan Boleh Menganalisa Data Kerja

TechnologyDigital
6 Feb 2026 • 9:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anthropic melancarkan model terkini Claude Opus 4.6 yang meningkatkan kemampuan sedia ada disamping menambah ciri yang membolehkannya melakukan beberapa tugasan di pejabat yang kompleks.

image is not available

Pertama sekali ialah kemampuan melakukan pengaturcaraan lebih baik menerusi perancangan lebih teliti, lebih stabil dalam kod berskala besar. Ia kini juga lebih cekap mengesan serta membetulkan kesilapan yang dilakukan. Buat pertama kali juga, Claude mempunyai tetingkap konteks sehingga 1 juta token.

Opus 4.6 juga boleh melakukan pelbagai tugasan kerja harian seperti menjalankan analisis kewangan, menjalankan penyelidikan dan menggunakan serta mencipta dokumen untuk kertas kerja serta pembentangan. Claude boleh melakukan pelbagai tugas ini secara autonomi di dalam Cowork.

Prestasi Opus 4.6 jauh lebih baik dalam mendapatkan maklumat yang relevan daripada set dokumen yang besar. Ini meliputi tugasan konteks panjang, di mana ia menyimpan dan menjejaki maklumat dan mengesan maklumat tersembunyi yang lazimnya dilihat pada model AI yang lain.

Penambahbaikan turut dilalukan pada Claude in Excel, dan terkini Claude in PowerPoint juga boleh digunakan di peringkat kajian.

View Original Article