Cliff Umar mengaku miliki heroin dadah

30 May 2024 • 12:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Cliff Umar

SHAH ALAM - Juara sebuah program realiti tv, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis heroin, Ahad lalu.

Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Sasha Diana Sabtu.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 31 Julai untuk sebutan laporan kimia, sebelum menjatuhi hukuman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki dadah itu seberat 0.39 gram, di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada jam 3.30 petang, 26 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

AKAN MENYUSUL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!