Penyanyi Cliff Umar mengaku miliki heroin selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Memetik laporan BH Online, Cliff Umar atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph mengaku bersalah bersalah atas pertuduahn memiliki heroin.

Cliff Umar mengaku miliki heroin
Bapa kepada empat cahaya mata itu didakwa memiliki heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada jam 3.30 petang, 26 Mei lalu.
Justeru, penyanyi berusia 42 dilaporkan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama.
“Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya,”petik laporan.
Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon tarikh baharu bagi sebutan laporan kimia dan mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.

Sementara itu, peguam Sallehuddin Salam yang mewakili Cliff Umar dalam rayuannya memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya menanggung isteri dan empat anak yang masih bersekolah.
Menurut Sallehuddin Salam, anak guamnya hanya bekerja sebagai pemain muzik dan memiliki pendapatan tidak menentu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan.


