Cloudflare AI Labyrinth Mengelirukan Bot Yang Mencuri Data Laman Web

TechnologyDigital
24 Mar 2025 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hakikatnya pada waktu ini semua laman web di dunia telah dicuri datanya bagi melatih model kecerdasan buatan (AI). Ini dilakukan menggunakan bot yang melakukan kerja meneroka setiap laman web dan kemudian menyimpan data yang mempunyai hak cipta terpelihara secara haram. Terdapat ciri robot.txt yang boleh diletakkan pengendali laman untuk mengelakkan bot mencuri data tetapi ia tidak diendahkan oleh pembangun AI.

image is not available

Cloudflare minggu lalu memperkenalkan ciri AI Labyrinth yang menurut mereka akan menghalang rompakan harta intelek ini daripada berterusan. Apabila mengesan aktiviti yang mirip dengan proses mengikis data (data scraping) oleh bot, AI Labyrinth akan menghalakan trafik ke laman web palsu yang dijana juga oleh AI.

Dengan ini tugas bot mencuri data akan mula keliru, melakukan kerja dengan lebih perlahan dan masa akan dibazirkan membaca kandungan laman yang tidak bermakna. AI Labyrinth boleh diaktifkan oleh pelanggan Cloudflare secara percuma

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved