CMF Buds Neo Dilancarkan Pada 20 Ogos

TechnologyDigital
19 Aug 2026 • 1:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiada telefon baharu daripada CMF tahun ini berikutan krisis RAM yang meruncing. Maka tumpuan anak syarikat Nothing ini ialah melancarkan produk audio. Walaupun baru sahaja melancarkan CMF Clip Pro beberapa minggu lalu, mereka mengacah pelancaran CMF Buds Neo pula pada 20 Ogos depan.

Image from: CMF Buds Neo Dilancarkan Pada 20 Ogos

Rekaan putik telinga dan pod pengecas sahaja diperlihatkan. Putik telinga kini dalam warna putih dengan putik silikon berwarna oren. Pada CMF Buds yang dilancarkan dua tahun lalu, warna tubuh putik audio dan putik silikon adalah sama. Bahagian pod pula mengekalkan tombol berputar yang boleh mengawal tahap audio tanpa perlu melakukannya pada telefon.

Dengan pelancarannya esok, maklumat lebih terperinci mengenai warna, harga dan bila Buds Neo akan dijual bakal diketahui dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved