CMF Watch 3 Pro Kini Di Malaysia Pada Harga RM419 – Turut Menyertakan Integrasi ChatGPT

TechnologyDigital
8 Sep 2025 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CMF, sub-jenama dibawah Nothing kini hadir dengan sebuah lagi jam tangan pintar baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu CMF Watch 3 Pro. Hadir dengan rekaan muka jam bulat, CMF Watch 3 Pro ini turut menyertakan sejumlah ciri pemantauan kecergasan melaluinya.

image is not available

CMF Watch 3 Pro hadir dengan skrin 1.43 inci AMOLED, dan integrasi GPS untuk membolehkan pemantauan jarak berlari dengan lebih jitu., hadir dengan lebih 131 mod sukan, selain turut hadir dengan rumusan pada penghujung aktiviti dengna baik dalam memudahkan seseorang pengguna kembali bertenaga semula.

Watch 3 Pro ini juga turut menyertakan sensor seperti pemantauan oksiegn Sp02, pemantauan stres tekanan, selain membantu dalam pernafasan dan lain-lain. Menariknya mengenai jam tangan pintar ini adalah ia turut hadir dengan integrasi ChatGPT untuk membolehkan anda bertanyakan soalan, menyemak fakta, dan menetapkan peringatan – semuanya menggunakan input suara.

image is not available

CMF Watch 3 Pro menyertakan sokongan kalis air IP68, bateri bertahan sehingga 13 hari, dan pengecacsan penuh dalam masa 99 minit. Jam tangan pintar ini digunakan bersama aplikasi Nothing X untuk pengurusan dan kemaskini perisian.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan CMF Watch 3 Pro ini pada harga RM419 di Malaysia bermula hari ini.