SPRM terima dua laporan terhadap bekas menteri

2 Jun 2020 • 3:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima dua laporan terhadap seorang bekas menteri kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan.

Laporan itu masing-masing dibuat oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan, Zahin Zainal dan Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan di ibu pejabat SPRM di sini.

"Kami ada bukti yang kukuh. Kalau tidak ada benda 'solid' (kukuh) yang kami 'pegang', kami tidak akan ada di sini dan bebankan pihak berkuasa," kata Zahin kepada pemberita sebelum membuat laporan tersebut.

Zahin diiringi Ketua Armada Sepang Shahmi Shamsudin yang mewakili Armada Selangor.

Seorang pegawai SPRM mengesahkan menerima dua laporan itu.- Bernama




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved