Coca-Cola tarik balik minuman di Eropah selepas kesan tahap klorat tinggi

28 Jan 2025 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BRUSSELS, 28 JAN: Gergasi minuman global Coca-Cola telah menarik balik beberapa produk yang dijual di beberapa negara Eropah selepas tahap klorat yang tinggi dikesan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Agensi Persekutuan bagi Keselamatan Rantaian Makanan (FASFC) Belgium memaklumkan bahawa penarikan balik itu melibatkan produk yang dikeluarkan antara 23 Nov hingga 3 Dis, 2024.

Senarai minuman yang ditarik balik termasuk Coca-Cola, Fanta, Sprite, Fuze Tea, Nalu, Minute Maid, Tropico dan Royal Bliss dalam tin serta botol kaca dengan kod pengeluaran antara 328 GE hingga 338 GE.

Pengguna diberi amaran supaya tidak meminum produk itu dan memulangkannya ke tempat jualan.

Produk yang ditarik balik itu dihasilkan di kilang Coca-Cola di Ghent, Belgium.

Selain Belgium, produk berkenaan turut dihantar ke Belanda, United Kingdom, Jerman, Perancis dan Luxembourg.

Klorat terhasil apabila disinfektan berasaskan klorin digunakan dalam rawatan air dan pemprosesan makanan.

– BERNAMA-AA

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved