Coco Robotics Menggunakan Data Pokemon Go Untuk Sistem Navigasi Robot

TechnologyDigital
11 Mar 2026 • 5:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Niantic Inc telah menjual perniagaan permainan video mereka kepada Scopely Inc pada nilai $3.5 bilion tahun lalu. Pokémon Go, Monster Hunter Now, dan Pikmin Bloom adalah antara IP yang dijual. Niantic Spatial Inc kemudian ditubuhkan bagi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) spatial yang diumumkan sebelum ini. Model Geospatial Raya (LGM) yang dibangunkan kini digunakan oleh Coco Robotics pada sistem navigasi robot penghantaran barangan mereka.

image is not available

Sistem kecerdasan buatan spatial dan Visual Positioning System (VPS) digunakan bagi membolehkan robot melalukan penghantaran secara swapandu tanpa penglibatan manusia. Kedua-dua sistem ini dihasilkan menggunakan data jutaan pemain Pokemon GO.

VPS berbeza dengan GPS kerana ia tidak menggunakan isyarat satelit. Sebaliknya kamera pada robot mengetahui lokasi mereka berdasarkan maklumat visual seperti bangunan, nama jalan, tumbuh-tumbuhan dan struktur berhampiran. Dengan ini isu kehilangan isyarat dalam lorong sempit atau antara dua bangunan tinggi yang dihadapi GPS tidak akan menjadi masalah kepada sistem VPS.

View Original Article