‘Collab’ Ikonik BABYMONSTER Dan OREO Bawa Keriangan Dengan #TwistLickDance

LocalEntertainment
1 Oct 2025 • 5:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

‘Collab’ Ikonik BABYMONSTER Dan OREO Bawa Keriangan Dengan #TwistLickDance

OREO, jenama biskut kesayangan ramai telah membuat satu lagi kolaborasi yang di luar jangkaan. Sarungkan kasut tarian anda kerana OREO x BABYMONSTER kini tiba untuk memberikan keenakan rasa yang membuat anda terasa seperti ingin menari.

Pelancaran terkini ini adalah kesinambungan legasi OREO dalam memberi makna kepada budaya kerjasama, terutamanya melalui kolaborasi berprofil tinggi yang telah banyak menawan hati para peminat di seluruh dunia. Dengan karisma BABYMONSTER dan keenakan rasa OREO, kolaborasi OREO x BABYMONSTER kini sedia menakluki hati pencinta snek seluruh Malaysia.

Keriangan #TwistLickDance

image is not available

Pengguna di serata dunia memang tidak asing lagi dengan cara menikmati OREO iaitu Putar, Jilat, Celup. Namun kini, OREO telah membawa kelainan kepada gerakan ikonik ini dengan kolaborasi terbarunya.

Buat julung kalinya, OREO x BABYMONSTER meneroka rentak baharu, menyuntik keriangan kepada gerakan klasiknya: Memperkenalkan #TwistLickDance. Dengan lagu menarik yang dihasilkan oleh OREO serta koreografi yang dipersembahkan oleh BABYMONSTER, cabaran #TwistLickDance mengajak kesemua MONSTIEZ di Malaysia berseronok dengan irama rancak ini sambil menikmati keenakan OREO.

“Kolaborasi ini meletakkan kami seiring dengan rentak budaya terkini,” kata Lucas Levy, Pengarah Kanan Pemasaran, Asia Tenggara. “Dengan menggabungkan keriangan OREO dengan hiburan bertenaga daripada ikon generasi baharu K-pop, BABYMONSTER, kami sedang mencipta momen di mana muzik, gerak tari, dan keenakan rasa – disatukan. Dengan BABYMONSTER, kami membayangkan trend ikonik OREO mencetus gema melalui revolusi #TwistLickDance bersama peminat generasi masa kini.

Rasakan Kehebatannya: Rasa Baharu, Warna Ceria dan Koleksi Pilihan Peminat

image is not available

Buat pertama kalinya di Asia Tenggara. OREO berpasangan dengan artis global untuk mencipta semula pengalaman menikmati biskut enak ini. Diinspirasikan oleh trend pemanis mulut, OREO mempersembahkan biskut merah OREO BABYMONSTER dengan perisa Marshmallow Crème, bagi meraikan identiti BABYMONSTER.

image is not available
Rekaan Biskut OREO x BABYMONSTER

OREO juga melancarkan biskut edisi khas yang direka sendiri oleh anggota kumpulan BABYMONSTER. Boleh didapati dalam perisa kegemaran seperti Vanila, Coklat, Strawberi dan juga edisi terhad Marshmallow, MONSTIEZ boleh mendapatkan foto kad dengan pembelian OREO x BABYMONSTER multipek. Kumpul kesemua 7 untuk melengkapkan set, sekali gus mengukuhkan tempat sebagai peminat utama BABYMONSTER.

Jom Berseronok dengan Aktiviti yang Disediakan

Bagi meraikan pelancaran ini, OREO merancang pelbagai aktiviti eksklusif untuk peminat di seluruh Malaysia dengan roadshow, peraduan dan hadiah yang menyeronokkan.

image is not available

image is not available

image is not available

Di Malaysia, para peminat juga boleh menyertai dua peraduan istimewa berikut:

  • Peraduan Beli, Selfie & Menang (1 Oktober – 31 Disember): Beli pek OREO x BABYMONSTER dan muat naik resit atau hantarkan selfie anda bersama Biskut OREO X BM ke http://www.oreobm.com. Anda berpeluang memenangi Kembara KPop ke Korea dan pelbagai BABYMONSTER merchandise seperti album bertandatangan, hoodie reversible, light stick, dan jersi rasmi

Cabaran #TwistLickDance (13 Oktober – 31 Disember): Dapatkan pek OREO x BABYMONSTER dan pamerkan kehebatan tarian #TwistLickDance anda. Tag OREO dan gunakan hashtag #TwistLickDance dan #OREOxBABYMONSTERMY. Anda berpeluang memenangi Kembara KPop ke Korea dan pelbagai barangan rasmi BABYMONSTER!

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang kolaborasi OREO x BABYMONSTER, para peminat boleh layari http://www.oreobm.com dan ikuti @oreo.mysg di media sosial dan Tik Tok untuk sertai aktiviti yang disediakan menggunakan hashtag #TwistLickDance dan #OREOxBABYMONSTERMY.

View Original Article