CollabStore! Lancarkan Butik Secara Rasmi Dengan Fesyen Show Yang Cukup Santai Tapi Meriah 

Women's Fashion
31 Dec 2022 • 7:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pelbagai fesyen asli, kontemporari, berinspirasi dan berunsur lestari boleh diperolehi di CollabStore!. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Bagi peminat fesyen, mungkin anda sering tercari-cari sebuah destinasi beli-belah yang menghimpunkan pelbagai fesyen asli, kontemporari, berinspirasi dan berunsur lestari. 

CollabStore! Itu jawapannya. Butik yang berkeluasan 5,000 kaki persegi ini menawarkan pelbagai fesyen kategori barangan pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian jalanan, kasut, aksesori, malah peralatan rumah.

image is not available
Mula dibuka pada tahun lalu, CollabStore! adalah cetusan Richard Tsen kelahiran Sabah.

image is not available
Beg tangan juga boleh diperolehi di CollabStore!

image is not available
Aksesori.

Bahkan, ia mengumpulkan hampir 20 jenama dan pereka fesyen yang terdiri daripada Andy Sulaiman, Angelique, Arumn, Baderol, Behati, Cantiq Couture, Eliot Malaysia, Eric Choong, Fewl Good, Furry Macaroni, Halim dan Kit Woo. 

Jenama dan dan pereka fesyen yang turut berkolaborasi dengan CollabStore! adalah Outdwell, Project 1826, Reeh and Heer, RHR Xcluseev, Styled by Peter Lum, Umbi, Yacutha, Zaff Ben Jibby dan Zuushaha.

Mula dibuka pada tahun lalu, CollabStore! adalah cetusan Richard Tsen kelahiran Sabah, Richard Tsen yang berkelulusan Raffles College of Higher Education di Singapura pada 1992, dalam jurusan Pemasaran dan Penjenamaan Fesyen.

image is not available
Richard Tsen

Richard ingin mencipta ruang runcit sehenti untuk koleksi seni boleh pakai boleh, streetwear dan fesyen, serta platform untuk acara dan bengkel. Dengan kata mudah, CollabStore! adalah definisi "di mana seni memenuhi fesyen".

"CollabStore adalah kedai runcit yang mempromosikan reka bentuk unik dan terhad yang dicipta oleh pereka tempatan dalam kelompok kecil pengeluaran. 

"Selain itu, CollabStore juga akan menganjurkan reka bentuk acara dan aktiviti berkaitan seni untuk artis baru muncul setiap bulan,” tambahnya. 

Beliau juga percaya bahawa kedai fizikal mempunyai impak tersendiri kerana menawarkan sentuhan intimasi manusia dan pengalaman beli-belah yang unik berbanding trend membeli-belah secara tas talian yang sednag berkembang pesat sekarang ini. 

Dengan konsepnya yang berada di dalam kotak fikirannya, beliau berusaha mencari pereka fesyen tempatan yang kreatif, menghasilkan kurasi kreatif   terhadap jenama dan pereka fesyen dari Semenanjung dan Borneo Malaysia menarik, unik dan dinamik untuk berada di bawah paying CollabStore!. 

Akhirnya selepas semua ini dapat digabungkan dengan baik, Richard Tsen dan team CollabStore! telah melancarkan butik ini secara rasmi pada awal Disember lalu. 

Bahkan fesyen show yang menampilkan jenama dan rekaan daripada pereka-pereka fesyen yang bekerjasama dengan CollabStore! turut diadakan dengan meriahnya. 

Seluruh ruang Tingkat 2, Shoppes at Four Season Place, Jalan Ampang, di mana lokasi butik ini terletak telah digunakan untuk segmen fesyen show ini diadakan. 

Ramai pelanggan, penggemar fesyen, fashionista, penulis dan editor fesyen, model, pereka fesyen fesyen buyer yang hadir memeriahkan acara pelancaran rasmi dan fesyen butik CollabStore!. 

Jom lihat beberapa koleksi fesyen menarik daripada fesyen show CollabStore! 

image is not available
Model wanita mengenakan rekaan pereka fesyen Halim, model lelaki pulal menyarung rekaan Project 1826. Kedua-dua fesyen ini sesuai digayakan di majlis-majlis formal atau formal santai.

image is not available
Satu lagi rekaan Halim yang cukup menarik. Bosan mengenakan suit tipikal? Rekaan Halim mungkin sesuai dengan citarasa anda.

image is not available
Mahukan rekaan yang ringkas tetap classy dengan warna klasik hitam. Rekaan Zaff Ben Jibby ini tidak kurang hebatnya.

image is not available
Lelaki metroseksual yang gemar bersantai dengan gaya, rekaan Andy Sulaiman harus anda miliki.

image is not available
Satu lagi rekaan Zaff ben Jibby yang menarik perhatian. Sesuai untuk citarasa muda!

image is not available
Jika anda seorang yang bold, daring dan tidak gemarkan perkara yang monotonous, anda mungkin akan mencintai rekaan Zuusaha yang unik ini.

image is not available
Bagi yang gemarkan corak batik dengan rekaan moden, usah risau kerana koleksi rekaan Yachutha mampu membuat anda jatuh cinta.

image is not available
Richard bersama sebahagian pereka fesyen yang mengambul bahagian dalam acara fesyen show CollabStore!

Sebetulnya, anda bermacam lagi jenis rekaan fesyen yang ditawarkan di CollabStore!.

Bagi anda lebih gemarkan pakaian yang klasik atau pakaian moden dengan fesyen yang sederhana atau streetwear yang ranggi, CollabStore! turut memiliki koleksi fesyen pilihan anda. - Getaran, 31 Disember 2022 

View Original Article