Colombia: Dua mayat ditemukan di ruang gear pendaratan pesawat

8 Jan 2023 • 12:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUENOS AIRES: Dua mayat ditemukan di bahagian ruang gear pendaratan pesawat selepas pesawat itu mendarat di Bogotá, menurut syarikat penerbangan Colombia Avianca pada Sabtu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Penerbangan AV116 dari Santiago de Chile itu mendarat di Lapangan Terbang El Dorado di Bogotá pada Jumaat petang.

Penyiar Caracol melaporkan kedua-dua mayat lelaki itu ditemukan di bahagian bawah kanan dan kiri pesawat.

Menurut pihak berkuasa mayat itu kemungkinan telah berada di ruang berkenaan selama beberapa hari.

Kali terakhir pesawat itu diselenggara pada 27 Dis 2022. Antara 31 Dis dan 3 Jan pesawat itu berada di Punta Cana di Republik Dominican.-Bernama