Oppo telah mula melancarkan ColorOS 16 kepada pengguna di seluruh dunia sebagai usaha untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan antaramuka yang lebih lengkap dan mesra.

Oppo menyatakan bahawa ColorOS 16 akan dilancarkan secara berperingkat mengikut jenis peranti dan pasaran bagi memastikan sistem serasi sebelum tersedia sepenuhnya kepada semua pengguna.

Dalam bengkel eksklusif bersama media hari ini, Oppo berkongsi rancangan untuk menambah ciri baharu yang menarik ke dalam ColorOS 16 dalam masa terdekat. Antara ciri yang bakal diperkenalkan ialah:
- Immersive 3D Wallpaper
Ciri ini dijadualkan tiba pada Disember 2025 dan akan menawarkan pengalaman paparan lebih mendalam serta interaktif melalui latar belakang skrin yang berubah-ubah mengikut sudut pandangan pengguna.
- XPan Mode Watermark
Ciri ini akan dilancarkan pada November 2025 dan diinspirasikan daripada kamera klasik Hasselblad XPan. Ia membolehkan pengguna merakam gambar panorama dengan nisbah aspek yang unik lengkap dengan tera air khusus untuk menambah sentuhan eksklusif.

ColorOS 16 kini tersedia dalam siri Oppo Find X9 dan sudah boleh dibeli di Malaysia. Find X9 dijual pada harga RM3699 manakala Find X9 Pro berharga RM5099. Sempena bulan jualan pertama, Find X9 Pro ditawarkan pada harga promosi serendah RM4999.

