‘Comeback’ Selepas 13 Tahun, Pandelela Rinong Raih Pingat Gangsa Acara Individu Di China

4 Oct 2023 • 8:08 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabas buat Datuk Pandelela Rinong

‘Comeback’ Selepas 13 Tahun, Pandelela Rinong Raih Pingat Gangsa Acara Individu Di China. Terjun terus menjadi ‘lubuk’ pingat Malaysia dalam Sukan Asia 2022 selepas Datuk Pandelela Rinong menghadiahkan gangsa dalam acara10 meter (m) platform wanita di Hangzhou, China hari ini.

Ini adalah pingat kedua buat penerjun berusia 30 tahun itu selepas turut meraih gangsa bersama Nur Dhabitah Sabri dalam saingan 10m seirama wanita, Sabtu lalu.

image is not available
‘Comeback’ Selepas 13 Tahun, Pandelela Rinong Raih Pingat Gangsa Acara Individu Di China. Kredit: Google

Dalam saingan hari ini, Pandelela yang tidak bertanding pada Sukan Asia 2018 mengumpul 280.50 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Seperti dijangka, China menguasai kedudukan 1-2, di mana juara Olimpik, Quan Hongchan memenangi emas dengan catatan 438.20 mata.

image is not available

Rakan rakan senegaranya, Chen Yuxi meraih perak menerusi 435.65 mata.

image is not available

Setakat ini, terjun menghadiahkan sebutir pingat perak dan empat gangsa, mengatasi pencapaian mereka dalam Sukan Asia di Jakarta/Palembang 2018, di mana mereka pulang dengan satu perak serta tiga gangsa.

Baca lagi artikel menarik: