Comel, Gelagat Mak-Mak Pegang “Hanger” Panggil Anjing Peliharaan Balik Rumah Undang Tawa

Entertainment
15 Jun 2023 • 11:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Comel, Gelagat Mak-Mak Pegang “Hanger” Panggil Anjing Peliharaan Balik Rumah Undang Tawa

Anjing dan kucing merupakan antara haiwan yang menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Gelagat dan aksi comel yang sering ditunjukkan haiwan ini pastinya akan menggembirakan seseorang.

Selain daripada comel, haiwan ini juga sangat pandai dan boleh dilatih untuk mendengar arahan daripada pemilik mereka.

Bagi penggemar haiwan ini, setiap tingkah laku mereka akan menjadi satu terapi untuk menghiburkan diri selepas pulang ke rumah setelah seharian penat bekerja.

Mempunyai diet makanan yang mudah didapati juga menjadi sebab utama dua haiwan ini sering menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Terbaru, gelagat seekor anjing yang comel ini telah berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial.

Perkongsian muat naik sebuah video yang menunjukkan seekor anjing comel cuba berlari masuk ke rumah tuannya telah menarik perhatian penonton.

Muat naik video itu telah dibuat oleh @fttinnabilh di akaun TikTok miliknya pada hari ini.

Tunggu balik sambil pegang ‘hanger’

Yang lebih menarik ialah aksi pemilik haiwan itu yang menunggu di hadapan rumah sambil memegang ‘hanger’ telah menjadi bualan utama netizen.

Video berdurasi 14 saat itu pada awalnya menunjukkan seorang wanita lingkungan awal 40-an dilihat seperti menunggu seseorang sambil memegang penyangkut baju.

image is not available
Kredit TikTok

Ternyata wanita itu bukan menunggu seseorang, sebaliknya sedang menunggu anjing peliharaannya yang telah keluar untuk pulang ke rumah seakan ibu menunggu anak kecil balik.

image is not available
Kredit TikTok

Dapat dilihat menerusi perkongsian video tersebut, seekor anjing dipercayai daripada spesies keluarga Pomeranian berlari perlahan menuju ke wanita itu dan terus masuk ke dalam rumah.

image is not available
Kredit TikTok

Perkongsian itu telah mengundang pelbagai komen dan reaksi daripada pengguna media sosial yang lain. Mereka juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan video yang comel tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Itulah kuasa penyangkut baju, sampai ‘pet’ pun boleh takut,” tulis seorang netizen.

“Aku ingatkan dia nak hambat anak dia main padang ke ape.. alahaii comel je balik,” tulis seorang lagi netizen yang menyangka wanita itu mahu memanggil anaknya balik ke rumah.

“Dekat dalam rumah mesti dia buat-buat nangis dulu takut kena sebat dengan hanger,” tulis seorang lagi netizen bergurau.

@fttinnabilh

Dah keluar hanger baru pandai nak balik amboi #pet #foryoupage #cute #fypmalaysia

♬ Funny Song – Cavendish Music

Sumber: TikTok via @fttinnabilh