“Comel Mengadu..” – Berpeluk Lama, Peminat Teruja Lihat Keintiman Song Jihyo & Lee Dongwook

WorldEntertainment
22 Dec 2024 • 3:53 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa yang pernah menonton drama “Fugitive Of Joseon”, pastinya akan teringat keserasian Lee Dong-wook dan Song Ji-hyo kan?

Sejak dari itu, agak sukar untuk melihat mereka dalam skrin yang sama melainkan ketika beberapa episod lama “Running Man”. Terbaru, kedua-dua sahabat baik itu bertemu semula dalam acara anugerah ‘Pinggyego’ yang dikelola Yoo Jae-suk.

Malah Lee Dong-wook seperti biasa, sempat mengusik Song Ji-hyo. Ujar wanita itu merajuk,

Lee Dong-wook tanya kenapa saya di sini selama dua tahun berturut-turut sedangkan saya tak buat apa pun. Jangan cakap macam tu, saya terasa tau.

Pelakon lelaki itu turut dilihat selesa apabila dalam diam ‘mencuri’ hadiah yang dimenangi kumpulan Song Ji-hyo bersama Yang Se-chan dan Lee Jung-ha.

Di akhir program itu, Lee Dong-wook dengan segera mendapatkan Song Ji-hyo dan memeluknya erat. Bahkan mereka berpelukan dalam jangka masa yang lama dan selepas melepaskan satu sama lain, wanita tersebut dilihat mengadu kepada lelaki itu sambil memegang mukanya.

Melihatkan keakraban kedua pelakon itu, rata-rata peminat berharap agar mereka kembali berlakon bersam atau pun muncul sebagai tetamu dalam episod yang sama di ‘Pinggyego’.

Kamceng kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.