Comel, Reaksi Wanita Terima Hadiah Hari Lahir Skuter Raih Perhatian Ramai

Entertainment
21 May 2024 • 2:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Comel, Reaksi Wanita Terima Hadiah Hari Lahir Skuter Raih Perhatian Ramai

Tarikh lahir merupakan tanggal keramat yang sering dinantikan oleh setiap individu, kerana pada tarikh tertentu itulah kita pertama kali dilahirkan ke dunia.

Sudah menjadi tradisi bagi banyak orang untuk merayakan hari lahir bersama keluarga, sahabat terdekat dan pasangan.

Perayaan ini biasanya diserikan dengan pemberian hadiah seperti kek, wang ringgit, patung, pakaian, dan pelbagai barangan lain sebagai tanda kasih sayang dan ingatan.

Hadiah yang diterima, tidak kira besar atau kecil, pasti akan membuatkan penerimanya berasa gembira.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan reaksi dan gelagat seorang wanita apabila dikejutkan dengan hadiah hari lahirnya, mendapat perhatian ramai.

Klip video yang dimuat naik oleh Ziana Albania menerusi akaun TikToknya menunjukkan detik-detik wanita itu pulang dari tempat kerja menaiki motosikal.

image is not available
Gambar: TikTok @zianaalbania1

Ketika itu, suami Ziana telah menanti kepulangannya di lot parkir. Setibanya di situ, Ziana meletakkan motosikalnya dan berjalan menuju ke arah suaminya.

Namun, dia terkejut melihat sebuah skuter berwarna putih yang dihiasi dengan belon-belon di tepi parkir tersebut.

“Ya, waktu balik kerja, suami biasanya akan tunggu dekat parking sebelum naik rumah. Dia mesti akan buat video macam tu. Jadi, saya tak sangka ada kejutan,” katanya.

image is not available
Gambar: TikTok @zianaalbania1

Lebih mencuit hati, Ziana berlari-lari mengelilingi motosikal itu dengan penuh teruja setelah menyedari bahawa kenderaan dua roda tersebut adalah hadiah sempena hari lahirnya.

Dia kemudian dengan cepat mencuba menaiki skuter tersebut, jelas menunjukkan kegembiraan terhadap hadiah istimewa daripada suami tercinta.

Jelas tergambar kegembiraan di wajah Ziana ketika dia berlari seperti kanak-kanak yang riang untuk memeluk suaminya .

image is not available
Gambar: TikTok @zianaalbania1

10 kali ulang video, netizen ungkap terhibur tonton gelagat Ziana

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya geli hati dan terhibur melihat reaksi Ziana saat mengetahui skuter itu adalah hadiah untuknya. Banyak yang memuji keterujaannya yang spontan dan menyenangkan hati.

“Aku dah ulang lebih 10 kali video ni,”

“Dia sangat gembira. Saya pun rasa gembira. rasa macam aku pula yang dapat hadiah,”

“Tak tahu la berapa kali ulang comel gila! Selamat hari jadi awak!,”

“Comelnya reaksi dia tu ya,”

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 400 ribu jumlah tontonan dengan lebih 32 ribu tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen daripada warga maya.

@zianaalbania1

Replying to @Nana Akmal kita belanja the real reaction

♬ original sound – zianaalbania1 – zianaalbania1

Sumber: @zianaalbania1 via TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved