Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Shakina Ismail berkongsi pandangannya mengenai penglibatan gajah-gajah dalam acara (show) renang di mana-mana taman tema.
“Gajah Kena Kerja Untuk Hiburkan Manusia” – Pengguna Facebook
Menurut Shakina menerusi hantaran di laman Facebook, show gajah berenang itu mungkin hiburan dan kelihatan comel di mata manusia namun, ia adalah satu penderitaan buat gajah-gajah terbabit.
“Kita nampak comel dia berenang kan? Aku pun dulu rasa comel. Sampai aku tahu, di sebalik video 15 saat tu, ada satu kehidupan yang merana.
“Di negara kita, masih ada taman (taman tema) yang mana gajah buat show berenang setiap hari. Bayangkan kau jadi dia (gajah). Setiap hari, jam 11 pagi kau kena bersedia. Kau kena beratur tepi kolam. Bila loceng bunyi terjun, berenang dan buat aksi.
“Dengar orang tepuk. Lepas tu naik. Tunggu acara petang pulak. Hari-hari. Kau kena kerja sebab bukan kau haiwan, tapi kau pekerja mereka. Kau kena kerja untuk hiburkan manusia,” kongsinya.
“Kepandaian Gajah Berenang Bukan Lesen Untuk Dieksploitasi” – Pengguna Facebook
Jelasnya, secara lumrahnya gajah sepatutnya bermandi-manda di lumpur sejuk atau sungai dan bukan berendam setiap hari dalam air berklorin yang hanya memedihkan kulitnya yang tebal tetapi sensitif.
Tegasnya, kemahiran gajah untuk berenang bukanlah bertujuan untuk hiburan manusia dan tidak sepatutnya dieksploitasi.
“Lumrah dia hidup dalam kumpulan besar, dipimpin ibu tertua, bukan hidup seorang dalam simen. Gajah liar berjalan 25-30 kilometer (KM) sehari. Show gajah? Pusing kolam yang sama 10 meter tu.
“Ya, gajah memang pandai berenang. Tapi ia tidak dicipta jadi hiburan untuk kita. Kepandaian ia berenang bukan lesen untuk dieksploitasi,” tegasnya.
Wanita Dakwa Ada Gajah Di Luar Negara Dilayan Dengan Kejam Bagi Membolehkan Ia Dengar Cakap Manusia
Dakwa Shakina, banyak pihak tidak bertanggungjawab di negara luar yang melayan gajah ini secara tidak berperikemanusiaan dipanggil sebagai amalan The Crush atau Phajaan.
“Dan kita tahu tak macam mana dia jadi ‘pandai’ dengar arahan tu? Bukan dengan pujuk. Bukan dengan sayang.
“Untuk bagi gajah 4 tan takut dan ikut arahan manusia, kau kena patahkan (semangat) dia dulu. Ada laporan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa panggil satu amalan The Crush atau Phajaan, anak gajah dirantai, dipukul, tak bagi tidur berhari-hari sampai semangat dia hancur dan dia belajar satu benda, kalau tak ikut, sakit.
“Persoalannya, adakah kaedah latihan di sini juga wajar disemak?” soalnya.
Wanita itu menerusi hantaran di akaun Threads miliknya turut meminta orang ramai agar membuat pilihan bijak dan tidak menyokong aktiviti sebegitu. Bak katanya, “tiada permintaan, tiada penawaran.”
View on Threads
Contoh video show gajah berenang:
“Biarkan Gajah Ni Bebas Di Hutan” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen Facebook, rata-rata orang ramai bersimpati mengenangkan nasib gajahyang bukan sahaja tidak dapat merasai kehidupan sebenar di dalam hutan malah turut dipaksa bekerja.
“Ya Allah lindungilah gajah ni. Biarkan gajah-gajah hidup bebas di dalam hutan,” kata seorang netizen.
Malah ramai juga menggesa untuk menghentikan sebarang kegiatan eksploitasi terhadap hidupan liar ini.
“Kesianlah mereka ni dihambakan untuk hiburan manusia dari kecil sampai ke tua. Hentikan kekejaman terhadap gajah-gajah. Lepaskan, bebaskan ia ke hutan atau santuari yang bebas dan selamat,” ujar seorang wanita.
Pada 2023, seekor gajah di Thailand telah berdepan masalah tulang bengkok selepas 25 tahun dijadikan tunggangan untuk membawa pelancong.
Menerusi gambar yang tular, kelihatan keadaan tulang belakang Pai Lin yang sepatutnya membulat secara semula jadi sudah terkeluar serta tenggelam kerana beban kerja yang dilakukan secara berulang (membawa pelancong).
Baca Artikel Berkaitan: Gajah Di Thailand Disahkan Cacat Kekal Selepas 25 Tahun Bawa Pelancong
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Comel Tapi Derita Untuknya” – Wanita Bantah Gajah Sertai Show Renang, Dakwa Dieksploitasi Untuk Hiburan Manusia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/show-gajah-berenang-861x1024.jpg)
![Image from: “Comel Tapi Derita Untuknya” – Wanita Bantah Gajah Sertai Show Renang, Dakwa Dieksploitasi Untuk Hiburan Manusia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/show-gajah-berenang-2-1024x724.jpg)
![Image from: “Comel Tapi Derita Untuknya” – Wanita Bantah Gajah Sertai Show Renang, Dakwa Dieksploitasi Untuk Hiburan Manusia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/show-gajah-berenang-3-1024x333.jpg)
![Image from: “Comel Tapi Derita Untuknya” – Wanita Bantah Gajah Sertai Show Renang, Dakwa Dieksploitasi Untuk Hiburan Manusia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/show-gajah-berenang-4-1024x964.jpg)
![Image from: “Comel Tapi Derita Untuknya” – Wanita Bantah Gajah Sertai Show Renang, Dakwa Dieksploitasi Untuk Hiburan Manusia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/show-gajah-berenang-5-1024x1007.jpg)
![Image from: “Comel Tapi Derita Untuknya” – Wanita Bantah Gajah Sertai Show Renang, Dakwa Dieksploitasi Untuk Hiburan Manusia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/show-gajah-berenang-6-821x1024.jpg)
