
COMELNYA penampilan anak sulung pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri. Bayi yang dinamakan Arabella Mia itu meraih perhatian warga maya selepas tampil memakai baju kebangsaan iaitu baju kurung.
Foto si kecil yang mesra dipanggil Bella dikongsikan Dr Amalina menerusi laman sosial Instagram. Kelihatan bayi kacukan Inggeris-Melayu itu dipangku ibu Dr Amalina iaitu Sabariah Hassan.
Lebih istimewa, baju kurung kain kapas itu difahamkan hasil tangan Sabariah untuk cucunya.

“Bella memakai baju kurung buatan Tok Manya,” titip Dr Amalina.
Warga maya teruja dengan perkongsian pakar perubatan kelahiran yang dibesarkan di Batu Pahat Johor itu dan memuji penampilan manis Bella. Ujar mereka:
-“Alahai comelnya.”
-“Sangat cute Bella.”
-“Wajah kacukan Bella. Comelnya, tahniah.”
-“Comel betul Arabella Mia ni.”

Tidak kurang juga yang memuji baju kurung moden Bella yang sangat menarik rekaanya.
-“Cantik, pandai Tok Ma reka, good job Tok Ma.”
-“Cantiknya baju, nampak sangat selesa dipakai.”
-“Alhamdulillah pandai Tok Ma jahit. Cantik sangat.”
“Bella sangat bertuah kerana mempunyai Tokma! Dia akan jadi super manja cucu Tokma.”
Baca juga: Bukan 44 hari, gaya hidup sihat seumur hidup, Dr Amalina kongsi 8 amalan selepas bersalin
Dr Amalina, 35 yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) bersalin pada awal Oktober lalu di St Thomas’ Hospital, London.

Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London mula menjadi insipirasi wanita selepas meraih keputusan cemerlang 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2004.
Baca juga: Wow! Dr Amalina selebriti kedua muncul dalam Vogue Britain. Bukan calang-calang orang ya!
Sumber: Instagram @dramalinabakri
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
The post ‘Comelnya Bella berbaju kurung” – Anak Dr Amalina jadi perhatian warga maya appeared first on Sinar Plus.

![[VIDEO] Remuk Hati Bapa, Tengok Anak Dara Sendiri Berkhalwat Di Bilik Hotel!](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)

