Comelnya Tengku Saidatul Ihsan Putri, Che Puan Juliana Evans, suami akikah cahaya mata kedua

Family & Parenting
20 Sep 2023 • 2:14 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

COMELNYA cahaya mata kedua pelakon dan pengacara, Yang Mulia Che Puan Juliana Evans ini.

Diputerikan pada 17 Jun 2023 lalu, Yang Mulia Tengku Saidatul Ihsan Putri binti Tengku Shariffuddin Shah yang baharu genap tiga bulan mencuri tumpuan warga maya.

image is not available

Baru-baru ini, Juliana memuat naik foto terbaru Tengku Saidatul Ihsan Putri dalam upacara cukur jambul dan akikah.

image is not available

Sedondon merah jambu, majlis berlangsung meriah dengan kehadiran kerabat dan ahli keluarga.

image is not available

image is not available

Menerusi kapsyen yang dikongsikan, nama Tengku Saidatul Ihsan Putri diberikan sempena nama nenda suaminya, Yang Amat Mulia Raja Nor Saidatul Ihsan binti Almarhum Tengku Badar Shah.

image is not available

“Dalam foto terakhir, suami saya berdiri di sebelah potret neneknya yang cantik. Anak kedua kami namakan sempena namanya,” titip Juliana.

image is not available

Kecomelan puteri cilik itu mencuri perhatian warganet. Kerabat dan warga maya memuji rupa paras cantik Tengku Saidatul Ihsan Putri.

image is not available

– ” She looks just like you, masya-ALLAH.” – Che Puan Khaleeda

– “Like mommy, like daugther. Beautiful, masya-ALLAH.” – Che Puan Syamim Farid

– “Che Puan, so cute anakanda kedua ini, seiras sangat dengan mummy. Puteri sulung persis daddy.”

– “Cantiknya baby girl.”

Juliana atau nama sebenarnya Che Puan Juliana Sophie Johari Evans mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor dan Johor, Tengku Shariffuddin Shah bin Tengku Sulaiman Shah Al-Haj pada April 2017.

Mereka terdahulu dikurniakan cahaya mata sulung, Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri yang kini berusia empat tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!