Comelnya Tuah Alam seiras bonda, permata hati Remy Ishak dan Ezza Yusof

Entertainment
15 Nov 2023 • 12:40 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

COMELNYA permata hati Remy Ishak ini. Diberi nama Tuah Alam, anak kecil ini seiras bondanya.

Wajahnya pertama kali didedahkan menerusi rancangan Oh Baby Remy! baru-baru ini.

Isteri Remy, Roszaliza Yusof atau lebih dikenali sebagai Ezza berkongsi foto keluarga.

“Thank you aunties uncles yang menonton #ohbabyremy.

“Kenalkan anakanda Tuah Alam Remy Ishak . Doa yang baik-baik untuk keluarga kecil kami,” titip Ezza.

image is not available

Bakal memasuki usia empat bulan tak lama lagi, Tuah dilahirkan pada 11.17 pagi, 27 Julai lalu di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Warga maya yang teruja menatap wajah Tuah Alam mendoakan agar si kecil itu membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.

image is not available

Tidak kurang yang mengatakan wajah si kecil itu seiras bondanya.

-” Ololooo Tuaaahh. Semoga jadi anak yang soleh.”

– “Assalamualaikum Tuah. Anak soleh, anak penyejuk hati.”

-“Muka bonda sangat, copy and paste ni.”

– “Semoga Tuah Alam akan menjadi anak yang bertuah di dunia dan akhirat. Aamin Ya Rabb.”

– “Alhamdulillah syukur, comelnya Tuah Alam. Moga menjadi anak soleh yang berjaya dunia dan akhirat aamiin.”

Remy terdahulu memaklumkan nama ‘Tuah’ dipilih untuk merealisasikan hasratnya menamakan anak dengan nama yang mempunyai unsur kemelayuan.

Manakala ‘Alam’ pula katanya sangat peribadi. Menurut Remy, ia dipetik daripada ayat pertama surah al-Baqarah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!