COMPUTEX Taipei Akan Berlangsung Dari 2-5 Jun 2026 Dengan Fokus AI, Robotik dan Mobiliti

Technology
12 Mar 2026 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

COMPUTEX Taipei merupakan salah satu acara pameran perdagangan teknologi terbesar di dunia yang diadakan setiap tahun di tiga lokasi, Taipei-Nangang Exhibition Centre, Taipei World Trade Centre, dan di Taipei International Convention Center. Pada tahun ini, acara tersebut akan berlangsung pada 2 ke 5 Jun 2026 di lokasi-lokasi tersebut.

image is not available

Computex secara lazimnya memperlihatkan jenama-jenama teknologi dan perkomputeran global memperlihatkan penawaran terbaru mereka pada tahun ini, dan kadang kala projek-projek baru yang sedang dibangunkan, dan akan digunakan pada masa akan datang.

Syarikat-syarikat teknologi gergasi seperti AMD, Intel, NVIDIA dan sebagainya juga secara lazimnya akan membuat pengumuman berkenaan produk-produk terbaru mereka. Pada tahun ini, TAITRA, pihak pengurusan COMPUTEX Taipei mengumumkan bahawa acara tersebut juga akan memperlihatkan lebih banyak syarikat yang akan menyertainya dengan penawaran teknologi kecerdasan buatan mereka sendiri.

image is not available

Pada tahun ini, acara tersebut akan merumahkan 1500 syarikat teknologi global di lebih 6000 reruai di lokasi-lokasi diatas yang akan memperlihatkan pelbagai jenis teknologi dari rekaan cip semikonduktor ke sistem robotik, aplikasi AI penyelidikan dan pembangunan teknologi baru dan produk-produk untuk pasaran pengguna, perindustrian dan lain-lain.

Tema Computex Taipei pada tahun ini ialah “AI Together” yang akan menengahkan tiga cabang teknologi, termasuklah AI dan perkomputeran, robotik dan mobiliti dan teknologi generasi akan datang. Syarikat-syarikat seperti ASUS, Acer, MSI, GIGABYTE, BenQ dan ASRock akan mempamerkan sistem AI bersepadu dan platform pengkomputeran, manakala pengeluar komponen seperti Foxconn, Compal, Pegatron dan Wiwynn akan menunjukkan penyepaduan sistem dan keupayaan pengeluaran berskala yang menyokong penggunaan AI di seluruh dunia.

image is not available

Dalam pada itu, pihak TAITRA turut mengatakan bahawa acara Computex akan memperlihatkan lebih banyak teknologi serba baharu dan demonstrasi bagaimana teknologi-teknologi ini boleh memanfaatkan orang ramai di masa hadapan.