Concrete Engineering catat urus niaga berulang beli simen daripada YTL Cement melepasi ambang 1%

LocalBusiness & Finance
13 Jul 2026 • 4:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Concrete Engineering catat urus niaga berulang beli simen daripada YTL Cement melepasi ambang 1% Image from: Concrete Engineering catat urus niaga berulang beli simen daripada YTL Cement melepasi ambang 1% amree13/07/2026 - 16:28 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 JulaiConcrete Engineering Products Berhad (CEPCO) mengesahkan ada urus niaga berulang pihak berkaitan (RRPT) bernilai RM1.273 juta dilaksanakan dengan YTL Cement Berhad.

 

Katanya, jumlah tersebut melepasi ambang kawal selia Bursa Malaysia sebanyak 1%, sekali gus memerlukan syarikat itu mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham pada mesyuarat agung yang akan datang.

 

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, ia berkata transaksi itu melibatkan pembelian simen dan agregat daripada YTL Cement Berhad dan anak-anak syarikatnya dari 11 Jun hingga 10 Julai 2026.

 

"Nilai RRPT sepanjang tempoh itu bersamaan 1.5%, sekali gus melepasi ambang 1% yang ditetapkan di bawah Perenggan 10.09(1)(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia," jelas CEPCO.

 

Urus niaga itu ujarnya, diperlukan bagi menyokong operasi harian kumpulan serta dilaksanakan dalam perjalanan biasa perniagaan pada terma komersial biasa dan secara urus niaga yang bersifat bebas.

 

Syarikat itu berkata, syarat transaksi tidak lebih memihak kepada pihak berkaitan berbanding terma lazim ditawarkan terhadap pihak awam, serta tidak menjejaskan kepentingan pemegang saham minoriti.

 

YTL Cements_DagangNews2026

 

Menurut CEPCO, pihak berkaitan itu termasuk meliputi YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay & Sons Holdings Sdn Bhd, Yeoh Tiong Lay & Sons Family Holdings Limited, dan Yeoh Tiong Lay & Sons Trust Co Ltd.

 

"RRPT tersebut namun tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan, pegangan saham pemegang saham utama, pendapatan sesaham, aset bersih mahupun tahap penggearan," tambahnya lagi.

 

Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko berpandangan urus niaga itu adalah adil, munasabah serta dibuat mengikut terma komersial biasa, selain menyifatkannya selaras kepentingan terbaik syarikat.

 

Lembaga Pengarah, kecuali pengarah yang mempunyai kepentingan berkaitan, turut berpendapat RRPT berkenaan adalah wajar dan diperlukan bagi memastikan kelancaran operasi perniagaan CEPCO.

 

Susulan perubahan struktur pemegangan saham pada 7 April 2026, syarikat turut memohon lanjutan masa daripada Bursa Malaysia untuk mendapatkan ratifikasi pemegang saham terhadap RRPT berkenaan.

 

"Bursa Malaysia sudah meluluskan permohonan lanjutan pada 20 Mei 2026 dan CEPCO kini dikehendaki mendapatkan persetujuan ketika mesyuarat agung syarikat akan datang," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved