Kata orang jika berbakat dalam bidang seni, dicampakkan ke mana-mana sahaja pasti menjadi lebih-lebih lagi apabila ada yang mempunyai bakat seni dalam lukisan atau tulisan.
Siapa sangka ‘contengan’ dari lelaki ini berjaya mendatangkan pulangan hasil yang lumayan apabila ramai yang memuji dan menempah karya Zameerpentbrush untuk dilakarkan pada kenderaan mereka.
Apa yang membanggakan, karya Zameer juga mendapat tempahan dari luar seperti Thailand, Brunei dan Laos.
Replying to @MRI® ya,kereta dari Laos,dtg buat di thai,dan kebetulan conteng di tapak bike week sg golok,dpt plk job dari Mp Amin utk conteng harley sbijik.syukur… #zameerpentbrush #cartooncar #thailand #laos #malaysia
Menerusi perkongsian di TikTok, lakaran anime menjadi pilihan ramai. Tempahan bukan sahaja melibatkan kenderaan biasa, malahan kenderaan mewah juga tidak ketinggalan mendapatkan sentuhan Zameer.
Steady orang kulim!!melayu cina india kita satu malaysia @wrapflix #zameerpentbrush #cartooncar
Anak kelahiran Terengganu ini juga mendapat kepercayaan dari selebriti, syarikat-syarikat kenderaan lain dan jemputan di majlis-majlis tertentu yang mengagumi hasil karyanya.
Selesai motogp kite start untuk tokyo auto salon pulak dengan @Bos bro autopaint garage ye.jadi x hijau ni ar? #zameerpentbrush #cartooncar
Dalam perkongsian video di TikToknya juga, anak-anaknya turut mengikuti jejak langkah Zameer yang meminati bidang ini.
Replying to @Khairul | Umairah semua corak ade ye,batik,sari,ceong sam kita 1malaysia #zameerpentbrush #cartooncar #ford
Hasil seni Zameer juga turut menjadi intaian seorang lelaki OKU yang meminati karya Zameer. Lelaki berkenaan sangat gembira apabila Zameer malakar pada skateboardnya.
Replying to @saffid skateboard terharu sngat masa di Jb bila ada peminat insan istimewa yg snggup dtg nk jupe.sanggup tunggu buat kije smpai siap.insyallah sibuk mcmna pun sy akn cuba luangkan masa dgn anda semua.terima kasih #zameerpentbrush #cartooncar
Rata-rata memuji karya dihasilkan oleh Zameer yang dilihat boleh diangkat sebagai seni yang mampu bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa.
The post Contengan Zameerpentbrush jadi intaian ramai sehingga luar negara appeared first on The Reporter.





