Continental Jalin Kerjasama Demi Bantu Pelajar Automotif

LocalCars
10 Mar 2025 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Continental Tyre Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya telah menjalinkan kerjasamanya dengan empat akademi automotif di Malaysia, baru-baru ini.

Antaranya ialah Leng Kee Auto Academy, Pro Skills Academy, Rimbunan Hijau Academy dan Techtra Automotive Academy.

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuh penempatan bakat dalam rangkaian kedai tayar Continental dan menangani cabaran berterusan dalam pengambilan bakat industri.

image is not available

Malah, pelajar akan mendapat pengalaman praktikal dalam persekitaran kerja sebenar, sekali gus meningkatkan persediaan kerjaya mereka serta memperluas peluang pekerjaan.

Pengarah Urusan Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd. Andrea Somorova berkata, kerjasama itu akan mengukuhkan komitmen strategik terhadap pembangunan bakat dan kemampanan industri.

“Menerusi kerjasama dengan akademi terkemuka ini, kami memupuk tenaga kerja mahir dan mewujudkan peluang kerjaya yang lebih kukuh untuk generasi akan datang,” katanya.

Difahamkan, kerjasama ini akan menampilkan program latihan bersama yang memberikan tumpuan kepada perkongsian ilmu antara Continental dan akademi automotif.

Pakar dari Continental akan menyediakan latihan berkaitan tayar yang menyeluruh kepada pelajar, manakala akademi akan menawarkan kursus khusus yang disesuaikan dengan keperluan industri.

Latihan silang ini merangkumi topik penting seperti peningkatan kemahiran teknikal kakitangan dan penyelenggaraan kenderaan, termasuk kenderaan elektrik (EV).

Tidak terkecuali, pelajar akan memperoleh kepakaran yang diperlukan untuk membina kerjaya yang dinamik dalam pasaran automotif yang semakin berkembang.

View Original Article