Continental tawar baucar e-dompet melalui pembelian tayar sempena Hari Kemerdekaan

Cars
18 Aug 2023 • 2:27 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Continental tawar baucar e-dompet melalui pembelian tayar sempena Hari Kemerdekaan

zulfadli

18/08/2023 - 14:27

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Menghampiri sambutan Hari Kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi, Continental Tyre Malaysia turut merayakan kemerdekaan negara yang ke-66 ini dengan menawarkan pelbagai promosi eksklusif kepada pelanggan yang ingin membeli tayar baharu untuk musim cuti akan datang.

Selain tayar Continental, jenama Jerman itu juga memperluaskan tawaran promosi untuk jenama anak syarikatnya, iaitu rangkaian produk Dunlop dan Viking yang popular dalam kalangan pengguna kenderaan di Malaysia.

Sempena pelancaran semula "Total Confidence Plan" (TCP, Program Waranti Tambahan) baru-baru ini, Continental memperluaskan program ini kepada kedua-dua tayar jenama Dunlop dan Viking yang bersaiz 15 inci dan ke atas, berkuat kuasa 1 Ogos 2023.

Pengguna produk ini boleh menikmati perlindungan bahaya jalan raya untuk tempoh 12 bulan pertama dari tarikh pembelian, penggantian tayar 1 kepada 1 dan aplikasi mudah alih yang senang digunakan sebagai saluran rumusan dan tuntutan sehenti melibatkan pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, memandangkan sokongan padu diterima sejak pelancaran pertama beberapa bulan lalu, pihaknya berbesar hati untuk melanjutkan program Total Confidence Plan (TCP) kami kepada rangkaian produk Dunlop dan Viking disebabkan populariti jenama ini dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Kami berhasrat untuk memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran kepada pemandu kenderaan apabila mereka mengembara ke seluruh negara, dengan memberikan jaminan bahawa pengalaman mereka dan keselamatan orang tersayang sentiasa menjadi keutamaan kami.

"Bersatu kita teguh, marilah kita bersatu sebagai satu keluarga dengan semua rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan ini," katanya dalam kenyataan media di sini.

image is not available

Dari 17 Ogos hingga 30 September, pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya dua tayar jenama Continental, Dunlop atau Viking di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental untuk menebus baucar e-dompet Touch 'n Go melalui aplikasi Conti TCP.

Promosi ini sah untuk semua kereta penumpang, SUV, MPV dan 4x4 yang mempunyai tayar bersaiz 15 inci dan ke atas. Ia terhad kepada seorang mengikut nama, kad pengenalan dan nombor telefon sementara stok masih ada (tertakluk kepada ketersediaan).

image is not available

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai kempen merdeka ini, sila layari www.continental-tyres.com.my dan ikuti laman Continental di Facebook dan Instagram.