Continental tawar Total Confidence Plan percuma, ini cara untuk daftarkan tayar anda untuk jaminan 12 bulan

Cars
3 Apr 2023 • 3:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengeluar tayar kenderaan berjenama Continental hari ini mengumumkan satu program baharu yang dipanggil Total Confidence Program (TCP).

image is not available

Menerusi program tersebut, pengguna layak menebus jaminan 12 bulan ke atas tayar-tayar terpilih.

  • Antara manfaat yang disediakan adalah seperti:
  • bantuan bahu jalan percuma 1 tahun
  • penggantian tayar 1-dengan-1
  • lebih 100 lokasi pengedar menyertai program
  • kaedah tuntutan pantas melalui aplikasi telefon pintar

image is not available

Sekiranya anda baru saja dapatkan tayar Continental, lekaslah periksa model tayar anda kerana ia mungkin layak untuk dilindungi TCP. Berikut adalah senarai model tayar yang layak menyertai program TCP Continental:

  • ComfortContact CC5
  • ComfortContact CC6
  • UltraContact UC6
  • UltraContact UC6 SUV
  • UltraContact UC7
  • MaxContact MC5
  • MaxContact MC6
  • PremiumContact PC2
  • PremiumContact PC5
  • PremiumContact PC6
  • CrossContact LX Sport
  • CrossContact AT
  • CrossContact AX6

image is not available

Untuk menyertainya, anda perlu membeli sekurang-kurangnya dua unit tayar dan daftar masuk TCP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pembelian. Pendaftaran boleh dilakukan terus melalui aplikasi Conti TCP yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store, dan juga Huawei AppGallery.

Jangan lupa juga untuk tebus e-baucar bernilai sehingga RM200 bila anda beli tayar Continental sehingga 30 Jun 2023 ini.

image is not available

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang TCP, anda boleh layari laman rasmi produk.