“Contoh Isteri Mithali” – Dipersoal Perasaan Apabila Arwah Suami Tak Beri Kemewahan, Ini Jawapan ‘Padu’ Ina Naim

17 Nov 2023 • 3:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui perkongsiaan seorang individu di laman Facebook, dia bertanya kepada isteri Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, makna bahagia buatnya.

Ia kerana, disaat suami teruk dihentam netizen susulan tidak beri kemewahan kepada keluarga hingga tidak membeli TV serta mesin basuh di rumah, Ina masih kekal senyum seperti tiada apa yang berlaku.

Kata ibu kepada empat orang cahaya mata itu, definisi bahagia buatnya bukanlah dari segi harta benda yang mewah.

image is not available

Kebahagiaan buatnya apabila dia boleh taat kepada suami dan itu membuatkan Allah SWT lebih menyayangi dirinya.

Kita nampak dia susah, tapi hakikatnya hidup dia senang dan tenang.

Sekadar info, arwah Suhaimi Saad dan Ina Naim mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Pada 15 November lalu, arwah pergi meninggalkan keluarga tercinta buat selamanya selepas menghebuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismal (HSI), Johor Bahru.

image is not available 20 hours ago

"Kalau Nak Kekayaan Dia Takkan Pilih Saya" - Tular Kembali Video Allahyarham Suhaimi Saad Imbau Momen Ina Naim Luah Perasaan Cinta