Cooler Master Membuka Pusat Servis Pertama Di Petaling Jaya

TechnologyDigital
24 Jun 2022 • 1:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menghantar perkakasan elektronik yang rosak ke kedai untuk diperbaiki bukanlah sebuah konsep yang baru, dan secara lazimnya untuk komponen dan aksesori komputer khususnya, pelanggan biasanya akan menghantar peralatan tersebut kembali ke kedai yang dibeli untuk diperbaiki ataupun ditukar.

image is not available

Cooler Master hari ini telah membuka pusat servis pertama mereka di Petaling Jaya yang akan dikendalikan oleh syarikat SCX Solutions Sdn Bhd, yang turut sama akan merumahkan pusat servis dan RMA untuk jenama-jenama perkakasan komputer yang dibawa oleh Sun Cycle dan Connectex Sdn Bhd.

image is not available

Untuk memudahkan proses pendaftaran servis dan RMA komponen dan aksesori Cooler Master ini, sebuah aplikasi yang dinamakan Carex telah dibangunkan untuk membolehkan pengguna memasukkan butiran produk yang mahu diperbaiki ataupun diganti dan menghantar produk tersebut ke pusat servis ini melalui perkhidmatan penghantaran barang ataupun menghantar sendiri produk tersebut ke pusat servis ini.

image is not available

Pusat servis Cooler Master ini juga mempunyai ruang Experience Zone yang mana pelawat boleh melihat dan mencuba pelbagai penawaran jenama tersebut sementara menunggu produk mereka diperbaiki dan diuji.

Selain daripada pusat servis Cooler Master ini, pihak SCX Solutions turut mengatakan bahawa mereka akan membuka lagi dua pusat servis di Pulau Pinang dan Johor pada suku keempat tahun ini, dan sebuah lagi di Sarawak pada tahun hadapan.

Pusat servis ini terletak di Petaling Jaya dan dibuka setiap hari minggu, Isnin ke Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 6 petang, dan sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan memanggil nombor telefon 010-210 7726 melalui panggilan suara ataupun permesejan WhatsApp.

Aplikasi Carex pula boleh dimuat-turun melalui gudang aplikasi Apple App Store dan Google Play Store.