“Copy Design Brik Tapi Bangga?” – Aliff Syukri Dikritik Selepas Cipta Malaysia Book of Records

LocalWomen's Fashion
4 Aug 2025 • 2:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records kerana berjaya menjual beg melebihi RM2 juta dalam 3 minit.

Pencapaian itu diumumkan selepas jualan beg keluarannya mencatat ribuan unit dalam masa singkat menerusi siaran langsung di media sosial.

image is not available

Namun di sebalik kejayaan tersebut, Aliff turut menerima kecaman daripada netizen apabila reka bentuk beg yang dijual didakwa meniru jenama terkenal lain. Ramai menyifatkan rekod itu tidak wajar diraikan kerana menggunakan hasil rekaan yang tidak asli.

“Meniru tapi bangga cipta rekod?” tulis seorang pengguna. Ada juga yang mempersoal bagaimana sesuatu yang ‘copy design’ boleh dikira sebagai kejayaan.

image is not available

Walau dihujani kritikan, Aliff kekal aktif mempromosikan produknya dan rata-ratanya menyukai produk usahawan itu kerana harganya mesra pengguna berbanding jenama lain.

image is not available 2025-08-03 20:42:22

Aliff Syukri Cipta Malaysia Book Of Records, Jual Beg Cecah RM2 Juta Tak Sampai 3 Minit - "Khairul Aming Pun Kalah!"