“Copy Sebijik” – Peserta Ujibakat Juara Lawak Awesome Kantoi Tiru ‘Joke’ Perigi Sepahtu Di MLM 2013 [Video]

Entertainment
25 Oct 2023 • 10:53 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Baru-baru ini, tular sekumpulan peserta ujibakat program Juara Lawak Awesome di Awesome TV membuat persembahan dengan meniru lawak yang pernah digunakan sebelum ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @awesometv.my, kumpulan trio itu dilihat melakukan lawak seperti dalam babak filem Seniman Bujang Lapok.

Lawak betapa dalam perigi seperti dalam babak filem Seniman Bujang Lapok

Dalam lawak tersebut, ketiga-tiga mereka harus bertapa di dalam perigi mengikut arahan Pendekar Mustar.

Bagaimanapun, sebelum masuk ke dalam perigi mereka memeriksa terlebih dahulu ke dalamnya dengan menjerit memberi salam serta membaling bulu ayam.

Netizen dakwa lawak telah dilakukan oleh kumpulan Sepahtu

Namun, netizen yang melihat video terbabit mendakwa bahawa lawak tersebut telah digunakan oleh kumpulan Sepahtu semasa bertanding di Maharaja Lawak Mega pada tahun 2013.

Mengikut semakan kami, dakwaan itu adalah benar selepas melihat semula klip lawak tersebut yang dilakukan oleh kumpulan Sepahtu di saluran YouTube Astro Gempak.

Klip video lawak Sepahtu di Maharaja Lawak Mega 2013

Tidak hanya itu, hampir 99% lawak serta dialog yang digunakan juga sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh kumpulan Sepahtu dahulu.

Mungkin niat mereka melakukan semula lawak tersebut kerana mengidolakan kumpulan Sepahtu.

Netizen mempersoal kenapa harus meniru lawak yang sudah dilakukan

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mempersoal mengapa kumpulan tersebut mengambil lawak yang sudah dilakukan oleh kumpulan Sepahtu itu.

Malah, mereka juga menyatakan cara penyampaian lawak itu yang dilakukan oleh trio terbabit turut kelihatan kaku sehingga tiada yang berasa terhibur.

image is not available

image is not available

image is not available

Source:

View Original Article