Corak pengundian pasca bajet

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Corak pengundian pasca bajet
Tempoh kempen yang bermula selepas pembentangan bajet memberi ruang kepada parti-parti bertanding menjadikan isu berkaitan pentadbiran kerajaan sebagai modal mempengaruhi pengundi. Foto hiasan

SHAH ALAM - Isu yang dibangkitkan selepas pembentangan Belanjawan 2027 serta keupayaan parti menawarkan manifesto yang mampu menarik pengundi keluar menunaikan tanggungjawab menjadi antara faktor utama mencorakkan pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri berpandangan, tempoh kempen yang bermula selepas pembentangan itu memberi ruang kepada parti-parti bertanding menjadikan isu berkaitan pentadbiran kerajaan sebagai modal mempengaruhi pengundi.

"Disebabkan kempen akan berlaku selepas pengumuman bajet, saya rasa semua parti mungkin akan fokus isu-isu berbangkit.

"Walaupun kita faham PRN bukannya menentukan Kerajaan Persekutuan, tetapi saya pasti hujah yang akan digunakan Pakatan Harapan (PH) ialah kalau mereka bentuk kerajaan negeri, ia memudahkan kerjasama dengan Persekutuan," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai hari mengundi manakala 31 Oktober sebagai hari penamaan calon.

Hari mengundi awal bagi PRN Melaka akan diadakan pada 10 November serta tempoh berkempen bermula 31 Oktober hingga 13 November.

Dalam pada itu, Syaza Farhana menjangkakan Barisan Nasional (BN) dan Pas akan mengetengahkan kelemahan PH di peringkat Kerajaan Persekutuan selain menekankan kesinambungan pentadbiran BN di Melaka.

"BN-Pas akan bekerjasama, saya pasti. Mereka akan lawan PH yang solo, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga (bergerak) solo selain kemasukan parti Bersama ke Melaka," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved