Corsair Lancarkan Kabel Kuasa Yang Memotong Kuasa Apabila GPU Terlalu Panas

TechnologyDigital
29 Apr 2026 • 2:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Corsair Lancarkan Kabel Kuasa Yang Memotong Kuasa Apabila GPU Terlalu Panas

Tular tahun lalu beberapa pemilik GPU berkuasa tinggi melaporkan sambungan pin kuasa 12V-2×6 mereka lebur kerana kad grafik menjadi terlalu panas. Kad grafik perlu dipulangkan semula kerana tidak boleh dibaiki sendiri di rumah. Bagi yang risau insiden ini berlaku ke atas mereka. Corsair telah melancarkan kabel kuasa ThermalProtect PCIe 5.1 600W 12V-2×6 yang memotong bekalan kuasa apabila GPU menjadi terlalu panas.

Image from: Corsair Lancarkan Kabel Kuasa Yang Memotong Kuasa Apabila GPU Terlalu Panas

Terdapat sensor suhu pada kepala kabel 12V-2×6 untuk GPU PCIe 5.1 ini. Sistem pertahanan susu akan mematikan GPU secara automatik apabila suhu ekstrem dikesan. Sensor diletakkan 30mm daripada sambungan kuasa mengelakkan ia salah mengesan haba daripada GPU yang panas dan bukan suhu panas pada pin. Ia berfungsi secara plug and play tanpa sebarang konfigurasi tambahan diperlukan.

Ciri lain pada kabel ini ialah ia sepanjang 650mm dalam pilihan warna hitam dan putih. Bahagian sambungan mempunyai dua tona warna berbeza memudahkan pengguna melihat kabel kuasa dipasang dengan betul. Kabel juga fleksibel membolehkan pengurusan kabel yang kemas dilakukan. Seutas kabel Corsair ThermalProtect PCIe 5.1 600W 12V-2×6 dijual pada harga $24.99 (~RM 99).

View Original Article