Cortex-X4: Teras CPU paling berkuasa pernah dibangunkan Arm

29 May 2023 • 6:09 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Arm pada sehari sebelum tirai Computex 2023 dibuka telah mengumumkan Total Compute Solutions 2023 (TCS23). Buat yang terlepas berita, ia adalah pakej set tatacara pembangunan cip yang mengandungi produk seperti teras CPU dan GPU untuk memudahkan pengeluar semikonduktor menghasilkan SoC yang memenuhi keperluan produk mereka.

image is not available

Pertama kali diperkenalkan dalam tahun 2021, edisi 2023 membawakan beberapa naik taraf signifikan. Paling penting, TCS23 kali ini hanya menyokong sistem 64-bit sahaja lantas menandakan penghijrahan sepenuhnya Arm daripada pengkomputeran 32-bit kepada 64-bit.

Tiga perkara menarik yang dipersembahkan adalah:

Teras CPU Cortex-X4

Cortex-X4 adalah teras paling berkuasa pernah dibangunkan Arm. Lebih membanggakan, ia membawakan peningkatan prestasi dua digit selama 4 tahun berturut-turut sejak Cortex-A78, Cortex-X1, Cortex-X2, Cortex-X3 hinggalah ke Cortex-X4.

image is not available

Bukan itu sahaja, ia dikatakan 40% lebih cekap tenaga berbanding sebelumnya dan semua ini dicapai dengan hanya peningkatan sebanyak 10% sahaja saiz acuan.

Satu lagi perkara yang mungkin menarik minat anda adalah TCS23 kali ini menyokong pembangunan sehingga 14 teras CPU berbanding sebelum ini yang dihadkan kepada 8. Hal ini bermakna, gajet yang lebih besar seperti laptop bakal beroleh manfaat daripada kuasa pemproses yang tinggi.

image is not available

Anda boleh jangkakan Cortex-X4 muncul dalam SoC seperti Mediatek 9400 ataupun Snapdragon 8 Gen 3 tak lama lagi.

Sumber: Arm