Counterpoint – Penghantaran PC Global Terus Menurun Akibat Kenaikan Harga Komponen

TechnologyBusiness & Finance
23 Oct 2026 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Counterpoint – Penghantaran PC Global Terus Menurun Akibat Kenaikan Harga Komponen

Pasaran PC global dilihat semakin perlahan apabila orang ramai semakin kurang membeli komputer baharu. Menurut Counterpoint Research, penghantaran PC di seluruh dunia menurun 21% pada Q3 2026 kepada sekitar 57 juta unit. Antara faktor utama ialah kenaikan harga memori dan komponen lain yang menyebabkan harga komputer menjadi lebih mahal. Akibatnya, ramai memilih untuk terus menggunakan komputer sedia ada berbanding berbelanja untuk model baharu.

Image from: Counterpoint – Penghantaran PC Global Terus Menurun Akibat Kenaikan Harga Komponen

Dalam masa yang sama, permintaan daripada pengguna biasa terus lemah. Meskipun banyak syarikat masih membeli komputer baharu untuk menggantikan peranti lama dan beralih ke versi Windows yang lebih terkini, jumlah pembelian itu masih belum cukup untuk mengimbangi penurunan permintaan daripada pengguna. Keadaan ini menjadi lebih ketara kerana jualan PC pada tahun lalu agak tinggi apabila ramai pengguna membuat pembelian sebelum sokongan Windows 10 ditamatkan.

Image from: Counterpoint – Penghantaran PC Global Terus Menurun Akibat Kenaikan Harga Komponen

Dari segi kedudukan pasaran, Lenovo terus mengekalkan status sebagai pengeluar PC terbesar global dengan penghantaran sebanyak 15 juta unit dan pegangan pasaran 26.3%. HP berada di tempat kedua dengan 10.3 juta unit, manakala Dell di kedudukan ketiga dengan 7.6 juta unit. Namun, ketiga-tiga syarikat itu masih mencatatkan penurunan penghantaran berbanding tempoh sama tahun lalu sejajar dengan kelembapan pasaran PC global.

Image from: Counterpoint – Penghantaran PC Global Terus Menurun Akibat Kenaikan Harga Komponen

Dalam pada itu, Apple dan ASUS menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kebanyakan pesaing lain. Apple merekodkan penurunan tahunan sebanyak 11% dengan pegangan pasaran meningkat kepada 9.8%, manakala ASUS mencatatkan penurunan paling rendah dalam kalangan lima pengeluar utama dengan pegangan pasaran meningkat kepada 9.2%. Prestasi ini membolehkan kedua-dua syarikat menambah bahagian pasaran ketika kebanyakan pengeluar lain berdepan kemerosotan yang lebih ketara.

Image from: Counterpoint – Penghantaran PC Global Terus Menurun Akibat Kenaikan Harga Komponen

Counterpoint menjangkakan pasaran PC akan terus berdepan cabaran pada Q4 tahun ini apabila penghantaran global dijangka turun sehingga 27% berbanding tempoh sama tahun lalu. Bagi 2027 pula, jumlah penghantaran dijangka akan hampir sama seperti tahun ini. Ini menunjukkan pasaran PC mungkin sudah menghampiri tahap yang lebih stabil tetapi belum ada petanda bahawa jualan akan kembali meningkat dalam masa terdekat.

Sumber: Global PC Shipments Decline

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved