Counterpoint – Penghantaran Telefon Boleh Lipat Global Meningkat Pada Q3 2025

TechnologyDigital
4 Dec 2025 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Penghantaran telefon boleh lipat global mencatat rekod baharu pada Q3 2025 dengan pertumbuhan sebanyak 14% berbanding tahun sebelumnya sekali gus menjadikan jumlah penghantaran pada suku tersebut sebagai yang tertinggi setakat ini.

image is not available

Peningkatan terbesar didorong oleh siri Samsung Galaxy Z termasuk pelancaran model baharu Galaxy Z Fold 7 yang menyumbang kepada lonjakan permintaan. Selain itu, kejayaan siri Mate daripada Huawei serta Razr 60 daripada Motorola turut memperkukuh momentum pertumbuhan kategori telefon boleh lipat.

image is not available

Prestasi Samsung pada Q3 2025 mencatatkan peningkatan sebanyak 32% dalam penghantaran telefon boleh lipat secara global berbanding tempoh sama tahun lalu. Huawei berada di tempat kedua dengan anggaran pegangan pasaran 15% manakala Motorola dengan 7% dan Honor dengan 6% melengkapkan kedudukan empat teratas. Sementara itu, vivo mencatatkan pegangan pasaran 4% manakala Xiaomi dengan 2% menduduki dua kedudukan terakhir dalam senarai pengeluar utama telefon pintar boleh lipat.

image is not available

Menurut laporan yang sama, bahagian pasaran telefon boleh lipat juga kini mencapai 2.5% daripada keseluruhan penghantaran global. Model jenis lipatan seumpama buku (book style) dilihat sebagai pemacu utama pertumbuhan manakala model jenis katup (clamshell) turut menunjukkan peningkatan yang konsisten.

image is not available

Sementara itu, pengeluar sedia ada semakin berani meneroka inovasi baharu. Huawei, sebagai contoh, menampilkan potensi melalui eksperimen beberapa produk. Manakala, Samsung pula memperkenalkan model trifold sebagai projek rintis untuk menguji ketahanan serta mengoptimumkan perisian sebelum dikomersialkan secara lebih meluas.