Counterpoint – Penghantaran Telefon Pintar Global Merosot 20% Q3 2026 Disebabkan Krisis Cip Memori

TechnologyBusiness & Finance
13 Oct 2026 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Counterpoint – Penghantaran Telefon Pintar Global Merosot 20% Q3 2026 Disebabkan Krisis Cip Memori

Krisis cip memori telah mengecilkan pasaran telefon pintar global dan memaksa pengeluar menukar strategi. Segmen bajet semakin terhimpit akibat kos komponen yang meningkat, manakala permintaan untuk model premium masih di tahap stabil.

Image from: Counterpoint – Penghantaran Telefon Pintar Global Merosot 20% Q3 2026 Disebabkan Krisis Cip Memori

Laporan terkini Counterpoint Research mengesahkan keadaan ini dengan mencatatkan penurunan penghantaran telefon pintar sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya. Punca utama ialah masalah bekalan cip DRAM dan NAND yang meningkatkan kos pembuatan, sekali gus menyebabkan harga telefon pintar global naik sekitar 20% sepanjang 2026.

Image from: Counterpoint – Penghantaran Telefon Pintar Global Merosot 20% Q3 2026 Disebabkan Krisis Cip Memori

Dalam Q3 2026, landskap telefon pintar global memperlihatkan jurang yang semakin jelas antara jenama besar. Samsung kekal di tangga teratas dengan pegangan pasaran 23% walaupun penghantaran turun 3% berbanding tahun sebelumnya. Fokus pada segmen premium serta pelancaran siri Galaxy Z Fold8 membantu mengekalkan kedudukan mereka. Pada masa sama, Apple mencatat rekod baharu dengan 22% pasaran. Walaupun jumlah keseluruhan menurun kerana tiada model asas iPhone 18, siri iPhone 18 Pro tetap mendapat sambutan besar di China dan India, sekali gus mendorong prestasi Apple.

Image from: Counterpoint – Penghantaran Telefon Pintar Global Merosot 20% Q3 2026 Disebabkan Krisis Cip Memori

Sebaliknya, Xiaomi mengalami kemerosotan lebih 30% tahun ke tahun dan turun kepada 10% pasaran. Usaha beralih ke segmen premium melalui siri Xiaomi 18 serta cip buatan sendiri XRING O3 masih dibayangi tekanan kos. Oppo menyusut ke 9% pasaran dengan penghantaran merosot lebih 20% lalu menggabungkan operasi bersama realme serta OnePlus untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan. Sementara itu, vivo merosot sebanyak 8% pasaran dengan penurunan lebih 20%. Fokus mereka pada India dan China tidak cukup untuk menampung kenaikan harga yang melemahkan tarikan model bajet mereka.

Image from: Counterpoint – Penghantaran Telefon Pintar Global Merosot 20% Q3 2026 Disebabkan Krisis Cip Memori

Pasaran telefon pintar dijangka terus berdepan cabaran sepanjang tahun ini. Pengeluar kini lebih menekankan soal keuntungan berbanding jumlah pengeluaran dengan memberi fokus kepada peranti premium yang mempunyai permintaan kukuh. Sebaliknya, segmen bajet semakin terhimpit akibat harga yang tinggi dan kekurangan komponen. Pemulihan penuh hanya dijangka berlaku apabila kos komponen turun semula dan bekalan kembali stabil.

Sumber: Counterpoint

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved