Coursera Mempunyai 754k Pengguna Berdaftar Di Malaysia – Ramai Guna Untuk Kelebihan Kerjaya Dan Peribadi

TechnologyDigital
19 Mar 2024 • 1:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Coursera merupakan salah satu platform yang menawarkan kemudahan untuk mengikuti sesuatu pembelajaran dengan mudah secara atas-talian. Baru-baru ini, Coursera berkongsi menyatakan kini mereka mempunyai seramai 754,000 pengguna berdaftar di Malaysia. Ia turut memperlihatkan trend meningkat dari tahun ke tahun dari segi pendaftaran dan juga penggunaan perkhidmatan tersebut.

image is not available

Antara pembelajaran yang popular diikuti pengguna tempatan adalah termasuk:

  1. First Step Korea oleh Yonsei University
  2. Financial Markets oleh Yale University
  3. Business Analytics with Excel: Elementary to Advanced oleh John Hopkins University
  4. English for Career Development oleh University of Pennsylvania
  5. Introduction to Psychology oleh Yale University

Disamping itu, pembelajaran melibatkan data dan digital menjadi fokus apabila ia dikategorikan mengikut pembelajaran daripada pakar industri. Berikut merupakan antara topik yang popular dipelajari daripada pakar industri:

image is not available

Coursera turut berkongsi menyatakan seramai 38% pengguna mengikuti pembelajaran terus melalui peranti mudah-alih. Disamping itu, di Malaysia juga, Coursera turut mempunyai sejumlah pengguna perusahaan, termasuk seperti Telekom Malaysia, Maxis, Axiata, RHB Bank, Johor Corporation, dan juga Panasonic Malaysia.