Covid-19: 1,709 kes baharu, dua kematian dicatat

12 Jun 2022 • 11:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan pertambahan 1,709 kes baharu Covid-19 pada Sabtu.

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia membabitkan 1,706 penularan dalam negara serta tiga kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara adalah 4.52 juta kes.

Turut dilaporkan, terdapat pertambahan dua kes kematian baharu dilaporkan semalam.

Kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini sebanyak 22,712 kes di mana 95.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 25 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 956 dirawat di hospital dengan 24 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu juga mencatat lebih daripda kes aktif iaitu sebanyak 1,746 kes. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved