Covid-19: 172 kes baharu, tiga kematian

27 Jan 2023 • 8:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Sebanyak 172 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Khamis dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan kepada 5,035,377.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, dengan ketiga-tiganya melibatkan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia sebanyak 36,936.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 325 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,988,814 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 9,627 dengan 9,245 atau 96 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 369 pesakit dirawat di hospital dengan 13 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU).