Covid-19: 2,932 kes baharu dengan 3 kematian dilaporkan

6 Jul 2022 • 10:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kes kematian akibat Covid-19 pada Selasa berbanding lapan kes yang direkodkan pada Isnin.

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini sebanyak 35,787 kes.

Daripada tiga kes berkenaan, satu kes melibatkan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, kes baharu meningkat sebanyak 2,932 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Keseluruhannya jumlah kes aktif Covid-19 dalam negara yang di ketika ini sebanyak 30,019.

Seramai 28,709 individu atau 95.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 30 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 1,238 pesakit pula dirawat di hospital dengan 43 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).