Covid-19: 202 kes jangkitan baharu, dua kematian

31 Jan 2023 • 9:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sejumlah 202 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan dua kematian direkodkan pada Isnin. (Gambar hiasan) - Foto 123rf

SHAH ALAM - Sejumlah 202 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan dua kematian direkodkan pada Isnin.

Berdasarkan kemas kini di Portal KKMNow, sebanyak 198 kes jangkitan baharu direkod melibatkan kes tempatan, manakala dua lagi adalah kes import.

Ketika ini, kes aktif wabak tersebut di dalam negara adalah sebanyak 9,598 kes.

Daripada jumlah itu, 95.8 peratus daripadanya atau 9,135 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, seramai 381 pesakit mendapat rawatan di hospital dan daripada jumlah itu seramai 23 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 12 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 141 kes sembuh.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!