Covid-19: 3,045 kes baharu, lima kematian

15 Aug 2022 • 8:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 26 pesakit Covid-19 ditempatkan di ICU setakat Ahad dengan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. (Gambar hiasan)

SHAH ALAM - Sebanyak 3,045 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad menjadikan keseluruhan sebanyak 4,735,547 kes dilaporkan sejak pandemik melanda negara. Berdasarkan data di portal CovidNow, jumlah terbaharu itu turut merangkumi lima kes import selain lima kematian dalam tempoh 24 jam lalu. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,085 orang. Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula adalah sebanyak 43,431, dengan 41,759 atau 96.2 peratus daripadanya dikuarantin di rumah. Seramai 33 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,567 pesakit ditempatkan di hospital. Sebanyak 26 kes pula ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Kes sembuh kekal melebihi kes baharu Covid-19 di negara ini dengan 4,226 kes sembuh dilaporkan semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved