Covid-19: 3,080 kes baharu, tujuh kematian direkod

19 Jul 2022 • 7:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Jangkitan kes baharu Covid-19 turun kepada 3,080 pada Isnin berbanding 3,936 pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal CovidNow, daripada jumlah itu, satu daripadanya merupakan kes import.

Manakala kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini sebanyak 42,185, menurun sebanyak 326 kes.

Menurut portal CovidNow, tujuh kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,862.

Tiga kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, 40,622 individu atau 96.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 1,472 pesakit dirawat di hospital dengan 57 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Setakat ini, 49.5 peratus rakyat Malaysia sudah melengkapkan dos penggalak. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved