Covid-19: 4,896 kes baharu, 12 kematian

11 Aug 2022 • 9:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 4,896 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu.

SHAH ALAM - Kes baharu Covid-19 dilaporkan meningkat lebih 1,000 kes pada Rabu, iaitu 4,896 kes berbanding 3,083 kes pada hari sebelumnya. Berdasarkan data di portal CovidNow, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.719 juta sejak pandemik melanda negara. Selain itu, sebanyak 12 kes kematian dicatatkan, dengan enam daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID). Bagi kes aktif Covid-19 pula, sebanyak 44,622 kes direkodkkan dengan 96.2 peratus atau 42,942 sedang menjalani kuarantin di rumah. Sementara itu, sebanyak 1,577 kes kini dirawat di hospital dengan 68 daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Seramai 37 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan manakala jumlah kes sembuh yang dicatatkan adalah 2,979 kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved