Covid -19: 679 kes baharu, enam kematian direkod

30 Dec 2022 • 9:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
679 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan empat daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 679 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan empat daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak enam kes kematian baharu dicatatkan dan satu daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka kematian terbaharu itu menjadikan jumlah kematian dalam negara 36,851 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 12,670 kes, dengan 11,991 atau 94.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 645 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital manakala 34 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 21 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Khamis ialah 923 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,976,060 kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved