Covid-19: Ancaman Eris pula selepas Omicron

6 Aug 2023 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pihak berkuasa kesihatan juga merekodkan sedikit peningkatan dalam kadar kemasukan ke hospital terutamanya golongan warga emas. - Foto Agensi

LONDON - Kemunculan varian baharu Covid-19 dilaporkan sedang merebak dengan cepat di Britain selepas Omicron.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) mengesahkan varian EG.5.1 atau Eris itu pertama kali dikesan di negara tersebut pada bulan lalu.

Data terbaharu menunjukkan Eris menyumbang 14.6 peratus kes Covid-19 iaitu kedua paling lazim di London.

"Kadar kes Covid-19 terus meningkat pada minggu ini. Kira-kira 5.4 peratus daripada 4,396 spesimen pernafasan yang direkodkan melalui Respiratory DataMart System dikenali sebagai Covid-19 berbanding 3.7 peratus daripada 4,403 kes daripada laporan sebelum ini," jelas UKHSA dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak berkuasa kesihatan juga merekodkan sedikit peningkatan dalam kadar kemasukan ke hospital terutamanya golongan warga emas.

"Tahap keseluruhan kemasukan masih kekal sangat rendah dan kami tidak melihat peningkatan yang sama dalam kemasukan di unit rawatan rapi, namun kami akan terus memantau dengan teliti,” kata Ketua Imunisasi UKHSA, Dr Mary Ramsay. - Agensi


Info

>Eris diklasifikasikan sebagai varian pada 31 Julai lalu selepas kelazimannya direkodkan di Britain susulan lonjakan kes terutamanya di Asia.

>Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula mengesan varian EG.5.1 lebih dua minggu lalu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved