Covid-19: Jangkitan baharu lepasi 3,000 kes, lapan lagi terkorban

26 Aug 2022 • 9:41 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 26 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 semalam melepasi angka 3,000 iaitu sebanyak 3,206 kes dengan empat kes membabitkan penularan dari luar negara.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, sebanyak lapan kematian dilaporkan dengan satu kes adalah kematian diluar fasiliti kesihatan (BID).

Perkembangan terbaharu itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan meningkat kepada 4,768,394 dengan korban sebanyak 36,185 kes termasuk 7,690 kes BID.

Sementara itu, bagi kes pulih sebanyak 2,180 kes dilaporkan setakat semalam sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 4,696,221.