Covid-19: Jangkitan harian kekal bawah paras 2,000 kes, tujuh kematian

21 Sep 2022 • 8:33 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal bawah paras 2,000 kes dengan 1,667 kes dicatatkan semalam.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, negara merekodkan 1,307 kes pada 19 September, 1,639 kes (18 September), 1,572 kes (17 September) dan 1,977 kes (16 September)

Pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara sebanyak 4,821,864 kes dengan 24,715 daripadanya kes aktif .

Setakat semalam, 23,577 kes menjalani kuarantin kendiri,1,079 kes dirawat di hospital, 57 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes di pusat kuarantin sementara.

Selain itu, kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara pula sebanyak 63 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 16.1peratus.

Setakat semalam, tujuh kematian dilaporkan termasuk dua kes di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban akibat pandemik sebanyak 36,324 kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved