Covid-19: Jangkitan harian kekal paras 2,000 kes, enam kematian

9 Aug 2022 • 9:49 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 9 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 2,863 kes semalam berbanding 2,728 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,711,415 kes dengan 43,875 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 41,996 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,790 kes menerima rawatan di hospital, 34 kes di pusat kuarantin sementara dan 55 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara sebanyak 62.7 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 14.6 peratus.

Enam kes kematian dilaporkan semalam termasuk satu kes di luar hospital, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik 36,032 kes.

Selain itu, tiada kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhan kekal 7,047 kluster dengan 23 daripadanya masih aktif.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved